Sunday, July 19, 2009

H1N1 di sekolah saya.

10 pelajar SMK Sains Kuching positif

KUCHING 18 Julai - Sepuluh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sains Matang, Kuching yang disyaki dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1) kelmarin disahkan positif.

Kesemua kes berkenaan melibatkan penularan tempatan.

Dengan kes terbaru itu, jumlah keseluruhan kes selesema babi di Sarawak meningkat kepada 55 kes iaitu 23 merupakan kes import dan 32 lagi merupakan penularan tempatan.

Bilik Operasi Negeri dalam kenyataannya hari ini memberitahu, 32 pelajar di dua buah sekolah menengah di Limbang turut menjadi suspek selesema babi setelah wujud simptom jangkitan H1N1 di kalangan mereka.

"Kita telah mengambil sampel 17 pelajar SMK Patiambun dan 15 pelajar SMK Kubong hari ini untuk pemeriksaan," katanya.

Menurut kenyataan itu, berikutan terdapat suspek kes H1N1, dua buah sekolah berkenaan ditutup selama seminggu bermula semalam hingga 23 Julai ini.

Semalam, Sarawak mencatatkan lapan kes penularan tempatan selesema babi setelah pelajar di SMK Agama Limbang disahkan positif H1N1.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Dr. Julaihi Bujang ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, pelajar-pelajar suspek selesema babi kini menjalani rawatan di asrama sekolah masing-masing.

Katanya, Jabatan Kesihatan negeri memutuskan supaya kesemua pelajar menjalani rawatan di sekolah sahaja.

sumber: utusan malaysia

First of all, aku nak clarify ckit ngan ktk org utusan malaysia, skolah ya bukan smk sains kuching, sm sains kuching la. Small things camtok pun bley salah. so kesimpulan nya, kdg2 brita2 rah news tok bukannya salu betul. haha.

tp, bab tok nang betul la. ceh! adaka aku terpaksa knak quarantine juak? sbb aku ada mix ngan org dr skolah ya dlm 2 tiga aritok. Tawakal jakla. hoho.

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin